From the blog

JABAL RAHMAH ; PERTEMUAN ADAM DAN HAWA?

Jabal Rahmah merupakan bukit yang popular di Arafah,lebih-lebih lagi apabila ia dikatakan bukit tempat bertemunya Adam dan Hawa tatkala terpisah selepas diturunkan ke dunia.Ada yang berdoa,ada yang solat,ada juga yang menulis-nulis di batu.Adakah kisah ini benar?

Pertama : Pendapat ini tidak ada dalilnya, serta tidak ada riwayat yang sahih yang boleh dijadikan hujjah padanya. Kemungkinan hanyalah diambil daricerita isra’iliyat.

Kedua : Kalaupun riwayat cerita ini sahih, tidak disebutkan bahawa pertemuan antara Nabi Adam ‘alaihi salam dan isterinya Hawa itu berlaku di mana-mana bukit. Akan tetapi hanya disebutkan pertemuan mereka di padang Arafah secara umum dan tidak dikhususkan kepada mana-mana bukit pun.

Ketiga : Kalaupun ternyata cinta tumbuh kembali antara Nabi Adam dan Hawa maka tempat tersebut hanyalah kebetulan tempat pertemuan mereka, dan tidaklah disana dijadikan sebagai tempat mengambil keberkatan lantas dijadikan tempat solat, atau dikabulkan doa, atau agar mengeratkan cinta kasih, dll.

Yang utamanya adalah ini semua kita katakan ‘kalau’ ternyata cerita tersebut benar, akan tetapi telah kita ketahui bahawasanya tidak ada riwayat yang sahih yang menunjukkan akan kebenaran cerita tersebut. Ini sesuai menurut pendapat mufassirin yang membawakan pendapat ini dengan menggunakan bentuk وَقِيْلَ “dan dikatakan…” sebagai isyarat bahawasanya tidak ada landasan yang boleh dijadikan dalil atas kisah cinta tersebut.

Para ulama telah mengingkari kebanyakan jemaah Haji dan Umrah yang bersemangat untuk naik ke Jabal Ar-Rahmah untuk mencari keberkahan.

Nak tahu lebih banyak?Insyaallah,jom Umrah bersama PDC Travels Sdn. Bhd.

#PDCTravels
@ Jabal Rahmah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Instagram did not return a 200.

Follow us

%d bloggers like this: